| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia Ke SHG Telok Mas

Pada 4 September 2018 (Selasa) Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka (SHGTM) telah menerima kunjungan lawatan kerja seramai  11 orang pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diketuai oleh Tuan Haji Sa?aid bin Mo?min, Ketua Penolong Pengarah Sektor Bina Upaya Keguruan, Bahagian Pendidikan Guru  dan pegawai dari Sektor Pendidikan IPPM Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Objektif lawatan ini adalah untuk memantapkan kerjasama dan perkongsian pintar antara KPM dengan JPM yang telah termeterai sejak tahun 2008 serta melihat proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) guru bagi merancang keperluan latihan pembangunan profesionalisme keguruan yang bersesuaian.  Lawatan kerja selama 4 jam diakhiri dengan sesi perjumpaan dengan guru-guru akademik bagi tujuan mendapatkan Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis) untuk guru. Turut hadir ialah PP Redzwan bin Saghil@Yusof Timbalan Pengarah SHGTM dan En. Othman bin Markom Ketua Unit Akademik SHGTM.

""