| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Pameran Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka

Sempena Persidangan  Asian And Pacific Conference Of Correctional Administrator (APCCA) 2018. Satu majlis perasmian pameran Infokraf Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 05.09.2018 (Rabu) bertempat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka. Pameran yang bermula dari 05.09.18 hingga 09.09.18 telah dirasmikan oleh YB Ginie Lim Siew Lin, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Turut hadir majlis tersebut YBrs. KP Abdul Aziz bin Mohammad Pengarah Penjara Negeri Melaka yang mewakili YBhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, Turut hadir YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia, isteri-isteri Exco Kerajaan Negeri, Isteri Deligasi APCCA, Wakil Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka, serta tetamu jemputan. Dalam majlis tersebut juga telah dirasmikan pelancaran Koleksi Batik terbaru yang diberi nama Batik Kasih Juita. Selepas perasmian beliau dibawa melawat ke Pameran Berkonsepkan batik dan songket.


""