| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan

Pada 26 Februari 2019 (Selasa), jam 8.30 pagi, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan telah diadakan di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 13 orang kakitangan daripada seluruh Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran tersebut. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Aidi Bin Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Johan Qari disandang oleh Ustaz Ku Muhammad Haris Bin Ku Zakaria, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, mewakili institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu, manakala Johan Qariah pula disandang oleh Puan Faridah Binti Ag Tangah, Pembantu Tadbir, mewakili institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu, majlis tersebut selesai jam 1.00 petang.