| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perujian Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Johor (Kakitangan) Tahun 2019M / 1440H

Pada 24 Februari 2019 (Khamis), bertempat di Rumah Kelab Penjara Kluang Johor telah diadakan Majlis Tilawah Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor (Kakitangan). Seramai 8 orang kakitangan daripada seluruh Penjara Negeri Johor telah mengambil bahagian. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Kluang, TKP Hj Zawari Bin Abd Rashid dengan kehadiran Ketua Institusi Penjara / wakil, pegawai dan anggota penjara. Qariah jemputan khas adalah pesara Jabatan Penjara Malaysia, Hajah Rahmas Binti Abdullah dan juri jemputan iaitu Tuan haji Aziz Bin Mustaqim dan Tuan haji Ahmad Bin Darman. (Penyelaras Al Quran daerah Mersing). Johan Qari disandang oleh KIP Mohd fazriy Bin Abdul Rani dari Penjara Simpang Rengam manakala Johan Qariah pula disandang oleh Puan Nurhairulliza Binti Bachok, juga dari Penjara Simpang Rengam Johor. Majlis tersebut berakhir jam 12.30 petang.