| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program “Bicara Mufti” Peringkat Penghuni Dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan Oleh YBhg. S. S. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

Pada 22 Februari 2019 (Jumaat) jam 01.30 petang bertempat di Dataran Blok Sejahtera, Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Perasmian Program “Bicara Mufti” peringkat Penghuni dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan yang telah disempurnakan oleh YBhg. S. S. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Ustaz Mohd Syukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan Labuan serta tetamu jemputan yang terdiri daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Pusat Koreksional Labuan dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan. Program tersebut dimulai dengan Solat Jumaat bertempat di Surau Muhammad Al-Fateh, Blok Sejahtera dengan Khutbah Jumaat dibacakan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan seterusnya mengimamkan solat tersebut. Program tersebut dimulai dengan Persembahan Nasyid daripada Penghuni Pusat Koreksional Labuan diikuti dengan Tausiah daripada YBhg. S. S. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan seteruskan melancarkan gimik perasmian program. Program “Bicara Mufti” merupakan program bulanan bagi tahun 2019 yang dikendalikan oleh Unit Agama Pusat Koreksional Labuan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan yang akan melibatkan penghuni dan kakitangan institusi ini.