| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Memancing Terbuka Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Tahun 2019

23 Februari 2019 (Sabtu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menganjurkan Pertandingan Memancing Terbuka Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Tahun 2019 bertempat di Kolam Penjara, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Bakri bin Sawir (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Asas Tani Exco Kerajaan Negeri Sembilan & ADUN Klawang) dan turut disertai bersama PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Penjara Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Seramai 104 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk kakitangan dari beberapa buah institusi penjara dan pelbagai agensi daerah Jelebu.  Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dan komuniti setempat.