| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 229 Peringkat Institusi Penjara Taiping Tahun 2019

Pada 25 Mac 2019 Penjara Taiping telah mengadakan sambutan Hari Penjara ke 229 Peringkat Institusi Penjara Taiping. Sambutan telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan pagi di Dataran Taming Sari, Penjara Taiping yang di sempurnakan oleh, Penolong Kanan Komisioner Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taping. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta bacaan doa. Beliau turut membacakan perutusan khas sempena Hari Penjara ke 229 oleh Y. Bhg Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Di dalam majlis tersebut telah diadakan  penyampaian pingat-pingat  kepada kakitangan pelbagai pangkat serta kakitangan awam. Majlis diteruskan dengan gimik pembakaran artikel larangan yang di rampas sepanjang tahun 2018. Selain itu juga turut diadakan aktiviti derma  darah dan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama daripada pihak Hospital Taiping sempena Hari Penjara bertempat di Dewan Long Jaafar, Penjara Taiping. Program kebajikan sempena Hari Penjara telah diadakan bersama Kakitangan Penjara Taiping dengan membuat lawatan khas ke Hospital Taiping untuk menziarah anggota yang berada di Wad C4 dan D4 Hospital Taiping.