| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sekolah Henry Gurney Dekat Di Hati

Pada 28 Mac 2019 (Khamis) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Program Hari Terbuka Sempena Sambutan Hari Penjara Ke-229. Bertemakan “Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera” ianya memberi peluang untuk masyarakat mendekati dan melihat sendiri program-program yang dijalankan ke atas penghuni. Seramai 100 orang yang hadir terdiri dari wakil-wakil Badan BUkan Kerajaan (NGo’s), Masyarakat Dun Telok Mas, Perpustam, Politeknik Merlimau, Puspanita, PERSIAP Melaka dan Pelajar-pelajar UKM Bangi. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas sistem pemulihan dan keselamatan oleh TPP Yusni Bin Habibullah dan seterusnya sesi walkabout ke pusat Latihan Projek Henry, Unit Akademik, persembahan pertunjukan pancaragam dan Orkestra di Sekolah Muzik dan seterusnya sesi Wrap-up yang melibatkan interaksi dan perkongsian bersama pelajar SHG. Program diakhiri dengan penyerahan watikah Perlantikan Pengawas. Perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka.