| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penganugerahan Pingat Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 Peringkat Penjara Wanita Kajang

Pada 25 Mac 2019 (Isnin), Institusi ini telah mengadakan Majlis Pemakaian Dan Penganugerahan Pingat Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 Peringkat Penjara Wanita Kajang bertempat di Auditorium Vokasional & Industri, IPPM yang disempurnakan oleh PKK Lim Kim Mooi, Pengarah Penjara Wanita Kajang diiringi PP Fauziah Binti Husain serta dihadiri oleh kakitangan pelbagai pangkat termasuk kakitangan awam Penjara Wanita Kajang seramai 120 orang. Majlis ini diadakan selaras dengan Sambutan Hari Penjara Ke 229 bagi tahun 2019.

Aturcara majlis adalah pemakaian pangkat dari Koperal Penjara (Hakiki) ke Sarjan Penjara (TBBK) seramai tujuh (7) anggota dan Koperal Penjara (TBBK) ke Koperal Penjara (Hakiki) seramai (3) anggota. Upacara majlis diteruskan dengan penganugerahan pingat iaitu Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada 4 anggota, Pingat Setia Penjara (PSP) kepada 1 anggota, Pingat Cemerlang Penjara (PCP) kepada 1 anggota, Pingat Pekerti Penjara (PPP) kepada 1 anggota, Pingat Bakti Penjara (PBP) kepada 2 anggota, Sijil Kepujian Reben Hijau (SKH) dan Sijil Penghargaan (SP) kepada 3 anggota.

Majlis diteruskan dengan ucapan perutusan Komisioner Jeneral Penjara YBhg Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 disampaikan oleh PKK Lim Kim Mooi, Pengarah Penjara Wanita Kajang.