| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Padang Dan Balapan MSS Negeri Melaka 2019

Pada 19 hingga 21 Mac 2019, seramai 6 orang atlit termasuk 2 orang atlit wanita Sekolah Henry Gurney Melaka telah terpilih mewakili Daerah Jasin di  Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat MSS Negeri Melaka yang telah diadakan di Padang SMK Seri Kota Semabok, Melaka. Pada kejohanan ini atlit wanita telah memenangi pingat gangsa dalam acara lari berpagar 400m dan menduduki tempat ke 5 acara 10,000m jalan kaki, manakala 4 atlit lelaki memberi saingan dalam pusingan akhir lari berpagar 400m, larian 1,500m dan larian 400m.