| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Boling Bersempena Sambutan Hari Penjara Kali Ke-229 Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 26 Mac 2019 (Selasa) bertempat di Ole-Ole Super Bowl Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diadakan Kejohanan Boling bersempena Sambutan Hari Penjara kali ke-229 Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh YDH TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri, Pulau Pinang. Turut hadir bersama PP Mohamad Jusoh bin Ismail. Seramai 40 orang pemain daripada institusi Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai dan Penjara Reman Pulau Pinang telah turut serta menjayakan kejohanan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Acara Perseorangan, Markah Tertinggi kategori Lelaki dan Wanita, Markah Tertinggi Kategori setiap perlawanan dan pemain harapan kejohanan.