| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Sempena Israk Dan Mikraj Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1440H/2019M

Pada 26 Mac 2019 (Selasa) bersamaan 19 Rejab 1440 H Unit Pemulihan Dan Rawatan dengan kerjasama Unit Agama Dan Kaunseling telah menganjurkan Program Ceramah Sempena  Israk dan Mikraj peringkat penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Surau Al-Munir,  melibatkan  200 orang penghuni  beragama Islam. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, persembahan nasyid oleh penghuni serta ceramah Israk Dan Mikraj yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan, Pendakwah Bebas. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran PP Rosli Bin Abd Razak, Ketua Unit Pemulihan Dan Rawatan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada penghuni berkaitan peristiwa perjalanan Rasulullah ketika Israk dan Mikraj.