| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Penjara Pusat Miri

Pada 25 Mac 2019, telah diadakan Perhimpunan Sempena Hari Penjara Ke-229 Peringkat Penjara Pusat Miri bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara  Pusat Miri yang telah disertai oleh seramai (99) orang pegawai dan kakitangan. Perhimpunan bermula  pada jam 7.00 pagi dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Di samping menyampaikan Perutusan Hari Penjara Ke-229 Ketua Pengarah Penjara Malaysia, beliau turut menyempurnakan upacara Pemakaian Pangkat, Pingat/Riben Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019 dan penyampaian hadiah bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan. Antara aktiviti yang turut diadakan sempena Sambutan Hari Penjara ini juga adalah Senamrobik, Sukaneka Anak-Anak Kakitangan, Pertandingan Badminton, Takraw dan Petanque, serta Taklimat Pengurusan Kewangan (Kebankrapan) Oleh Jabatan Insolvensi Cawangan Miri.