| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penganugerahan Sijil Program Tahfiz Al Quran Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang

Pada 25 Mac 2019 (Isnin) Penjara Kluang, Johor bersama Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil Program Tahfiz Al–Quran. Program telah diadakan di Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang dan telah di sempurnakan oleh YB. Tn Hj. Aminolhuda bin Hj Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Johor), turut hadir pada majlis tersebut YB. Dato' Haji Mohd Noh bin Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor), YB. Dato' Mohd Rofiki bin Dato' Hj Shamsudin Pengarah JAINJ, Komisioner Penjara Ariffin bin Mohd Noor Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan IPPM, Mufti Negeri Johor, dan Pegawai - Pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf tahap hafazan penghuni yang telah mengikuti program tahfiz Al–Quran.