| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Seminar Pengukuhan Akidah Siri 2/2019 Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

24 April 2019 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Program Seminar Pengukuhan Akidah Siri 2/2019 bertempat di Surau An-Nur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Turut hadir PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan Dr Hj Shuhadak bin Mahmud Al-Jakfary Ahli Panel Fatwa Negeri Sembilan bersama Pegawai daripada  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Objektif program ini adalah memberi penekanan ilmu aqidah kepada penghuni. Seramai 150 penghuni telah terlibat dalam program ini.