| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Tahunan Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad

03 Mei 2019 (Jumaat) : Unit Pemulihan Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan dengan jayanya Karnival Sukan Tahunan Peringkat Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad. Program tersebut telah dirasmikan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan & Koreksional). Antara acara sukan yang telah diadakan ialah pertandingan kawad formasi, beberapa acara sukaneka, bina badan, gusti lengan, pertandingan karom, dam haji, catur, ping pong dan juga sepak takraw. Karnival sukan tersebut berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.