| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Tahlil Perdana Sempena Sambutan Bulan Ramadhan Peringkat Kakitangan Penjara Limbang 2019

Pada 03 Mei 2019 bersamaan 27 Syaaban 1440H, Bahagian Agama dan Kaunseling dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Asma Ul Husna (Surau Kakitangan) telah mengadakan program Tahlil Perdana sempena sambutan Bulan Ramadhan peringkat kakitangan Penjara Limbang. Bacaan tahlil ini telah dibimbing oleh Ustaz Shah Hairul Runi Bin Latip dan WP Mohd Zulfadhli Bin Awang Hashim. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Limbang Hamad Bin Seman selaku Pengerusi Surau Asma Ul Husna serta kakitangan penjara seramai 40 orang. Program ini telah bermula pada jam 5.00 petang dengan bacaan tahlil dan seterusnya diakhiri dengan jamuan dan bersurai kira-kira jam 6.00 petang.