| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Dan Penanda Aras Institut Aminudin Baki Ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka

Pada 29 April 2019 Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah menerima kunjungan 5 orang Pegawai Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek di ketuai oleh Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad. Turut meraikan lawatan ini ialah Penguasa Penjara Redzwan bin Saghil@Yusoff, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney, En Saifuddin bin Dolhalit Kaunselor Institusi serta guru-guru kanan pentadbiran. Lawatan ini merupakan Lawatan Kerja dan Penandaarasan sebagai gerak mula kepada pelaksanaan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney kepada Penyelia dan Penolong Penyelia sekolah dalam penjara. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti secara terperinci aspek-aspek kepimpinan instruksional, pengurusan konflik, pengurusan sumber manusia dan organisasi serta keperluan semasa di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Lawatan diakhiri dengan sessi pertemuan dengan semua guru akademik Institusi.