| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Ambang Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Limbang 2019

Pada 30 April 2019, Unit Agama Penjara Limbang telah menganjurkan satu program Ceramah Ambang Ramadhan. Majlis ini telah disertai seramai 50 orang banduan lelaki yang dipilih daripada banduan yang mengikuti Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Program ini bertujuan memperingati semula perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa serta kelebihan mengimarahkan keberkatan bulan Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah untuk menambahkan pahala yang berlipat ganda.  Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Burhan Bin Mahrin dari Baitulmal Limbang (Bahagian Dakwah). Program ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi.