| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penghuni Mualaf Bersama Pegawai Pejabat Agama Islam Hulu Langat Di Penjara Kajang

Pada 08 April 2019 bersamaan 02 Syaban 1440H (Isnin), Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara Kajang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat telah melaksanakan program ceramah dan pendaftaran tiga orang banduan baru memeluk islam. Ianya dilaksanakan oleh pegawai daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Azlan bin Ishak. Aturcara didahului dengan taklimat dan makluman berkaitan proses pengislaman serta tazkirah kepada semua penghuni yang terlibat. Turut hadir bersama menyaksikan ialah Ustaz Zuliadaini bin Shafii, Ustaz Ali Badram bin Halim, Ustaz Abd Kadir bin Long, Ustaz Rahiman bin Dollah dan Ustaz Zaharuddin bin Mohamed.