| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar dan Tadarus Al-Quran Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka

24 Mei 2019, Majlis Iftar dan Tadarus Al-Quran Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah berlangsung di Surau An-Nur yang dihadiri oleh kakitangan serta keluarga,  dan 10 orang Orang Di Selia (ODS). Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, guru-guru Halaqah daripada JAIM, MAIM, dan YADIM.

Susunatur majlis ini dimulakan dengan tadarus Al-Quran oleh kakitangan dan 10 orang Orang Di Selia (ODS), penyampaian cenderahati kepada kumpulan tadarus Al-Quran Pegawai dan kakitangan juga Orang Di Selia (ODS). Pada majlis ini juga diadakan penyampaian Sijil Pengesahan Kiblat Surau An-Nur oleh Pejabat Mufti Negeri Melaka daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka, Selesai majlis penyerahan tersebut, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, tahlil / Yassin, solat Isya’ diikuti solat tarawih dan moreh.