| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sembilan Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

Pada 28 Mei 2019 (Selasa) bersamaan 23 Ramadhan 1440H telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang dihadiri Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap EXCO Kerajaan N.Sembilan & ADUN Klawang, PKK Rahmat bin Abdul Rani, Pengarah Penjara N. Sembilan, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan  bersama 110 orang penghuni yang telah diadakan di Surau An-Nur, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Aturcara majlis dimulai dengan persembahan Tadarus oleh penghuni dengan disusuli sesi tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Noh Bin Wan Hamad, Penceramah Bebas. Majlis diserikan lagi dengan penyerahan zakat Penghuni kepada wakil Zakat Daerah Jelebu iaitu Encik Eddy Erman Bin Razali, Pegawai Zakat Daerah Jelebu.  Seterusnya majlis diteruskan dengan iftar dan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama penghuni di Surau An-Nur.