| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sarawak

Pada 28 Mei 2019 (Selasa), Jabatan Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YDH Tuan Haji Mohd. Shabuddin bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak pada jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Sultan Iskandar Kuching. Kunjungan diketuai oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta YDH PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Kunjungan adalah bertujuan untuk suai kenal bersama Tuan Setiausaha Persekutuan Sarawak yang baharu serta mengeratkan silaturrahim dan memperkenalkan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Negeri Sarawak dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak.