| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Mufti Siri Ke-5 & Majlis Iftar Jamaie Peringkat Penghuni Dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan Bersama Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan (P 166)

Pada 21 Mei 2019 (Selasa) bertempat di Dataran Sejahtera, Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Program Bicara Mufti Siri Ke-5 dan Majlis Iftar Jamaie peringkat Penghuni dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan bersama Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan (P 166). Pada program tersebut, tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Ketua-Ketua Kampung di Wilayah Persekutuan Labuan. Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan (P 166) turut serta solat Maghrib berjemaah bersama penghuni dan kakitangan di Surau Muhamamd Al-Fateh, Blok Sejahtera Pusat Koreksional Labuan yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.