| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2019 Sekolah Integriti Puncak Alam Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor

Selangor  24Mei 2019 ( Jumaat ) - berlangsung Sambutan Hari Guru Sekolah Integriti Puncak Alam  di Perkarangan Utama Akademik, Sekolah Integriti. Kehadiran bagi sambutan kali ini terdiri daripada Pengarah, barisan guru dan anggota termasuklahpelajar (Penghuni).

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan lafaz ikrar dan nyanyian lagu kami “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat oleh warga pendidik di sekolah Integriti Puncak Alam seterusnya bacaan ucapan perutusan YB Dr. Mazlee bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacaan semula oleh Encik Azemi bin Sabri Penyelia Sekolah Integriti Puncak Alam.

Bercakap pada program tersebut, PKP Amer Shariffudin bin Mat Noor berkata, “ Sambutan Hari Guru yang diadakan ini merupakan sambutan bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan dan ianya merupakan program tahunan yang wajib dijalankan’’.

‘’Walaupun, terpaksa mengajar di sebalik tirai besi pusat tahanan ini,guru inilah yang menjadi tenaga pengajar yang ditugaskan untuk memberi ilmu dan membentuk banduan remaja berusia 15 hingga 21 tahun yang ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam penjara’’.Kata beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua warga pendidik di Sekolah Integriti atas memberikan pencapaian yang terbaik sehingga melahirkan pelajar (penghuni) mendapat keputusan yang cemerlang.

Dalam majlis itu turut diadakan persembahan penghuni dan tayangan montaj multimedia serta penyampaian hadiah kepada guru pendidik di institusi ini.