| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Puasa Penghuni Bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka Dan Kakitangan SHG Telok Mas Melaka

23 Mei 2019 - Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengelolakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka Bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Salleh Bin Maslan, Guru Agama Unit Akademik yang berkisar tentang kelebihan dan nikmat di bulan Ramadhan. Turut diadakan majlis penyampaian sumbangan dari Tabung Take 1 Penjara dan kakitangan Penjara Malaysia kepada SP 15786 Mohd Tarmizi Bin Ismail dan penyerahan wang zakat penghuni Sekolah Henry Gurney sebanyak RM 2,730.00 kepada wakil Pusat Zakat Negeri Melaka iaitu SM Aziman bin Ahmad. Majlis diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah.