| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 16 Mei 2019 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1440H, Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Program ini telah diadakan di Dataran Blok Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK) melibatkan seramai 700 penghuni. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Kajang iaitu TKP Abdul Halim Bin Ma Hasan. Program ini bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian saguhati kepada peserta tadarus oleh Pengarah Penjara Kajang. Disamping itu diadakan juga penyampaian cenderahati kepada pegawai dan anggota yang akan bertukar. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib  dan solat Isya serta terawih yang melibatkan semua pegawai dan penghuni.