| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Perbincangan Kolaborasi Bidang Teknikal Dan Vokasional Kerjasama Di Antara Agensi Luar Dan Jabatan Penjara Malaysia Khususnya Sekolah Henry Gurney, Kuching

Pada 01 Julai 2019 Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan Perbincangan Kolaborasi Bidang Teknikal dan Vokasional bersama dengan agensi pendidikan dan kemahiran di sekitar Kuching, Sarawak. Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Haji Mohd Shahabuddin bin Omar, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Sarawak, Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Pengarah Kolej Komuniti Santubong, Pengarah dan Timbalan Pengarah Kolej Komuniti, Kuching, Penolong Pengarah Pejabat Giat Mara Negeri Sarawak, Timbalan Pengarah Institut Latihan Perindustrian dan Timbalan Pengarah Vokasional Matang. Sesi perbincangan diakhiri dengan lawatan khas pegawai yang terlibat ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Kuching.

Tujuan lawatan serta perbincangan diadakan adalah untuk mewujudkan usahasama Jabatan Penjara Malaysia bersama agensi kerajaan yang lain bagi memberi peluang dan kemahiran kepada penghuni Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Kuching.