| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Aidilfitri Penjara Kajang Dan Penutupan Kursus Modular Asas Refleksologi 2019

Pada 20 Jun 2019 ( Khamis ), Program Jalinan Kasih Aidilfitri dan Penutupan Kursus Modular Asas Refleksologi, Peringkat Penghuni Penjara Kajang tahun 2019 telah diadakan bertempat di Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang. Program ini dirasmikan oleh Yang Dihormati TKP Abdul Halim bin Ma Hassan (Pengarah Penjara Kajang). Turut hadir bagi menjayakan program tersebut ialah PKK M.Zainuddin bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), PKP Muhamad Kamal bin Shamsudin (Ketua Bahagian Pemulihan & Rawatan), PP Nasaruddin bin Md Kassim (Ketua Seksyen Keselamatan & Inteligen), TPP Mohd Mazlan bin Dollah (PYB RPD) dan wakil pihak media. Seramai 185 ahli keluarga hadir dan 41 penghuni terlibat dengan program ini yang turut diserikan dengan persembahan penghuni iaitu nasyid, dikir barat dan persembahan kumpulan muzik (RPD Band). Program  ini secara langsung dapat memberi peluang kepada penghuni untuk mengeratkan kembali hubungan dengan keluarga disamping pengiktirafan terhadap tahap disiplin serta komitmen terhadap program yang diikuti sepanjang menjalani hukuman di dalam tembok penjara.