| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Gawai Raya 2019 Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sri Aman

Pada 20 Jun 2019 (Khamis), Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman   telah menganjurkan Program Jalinan  Kasih Sempena  Perayaan Gawai Raya peringkat penghuni Penjara yang diadakan di Perkarangan Pejabat Pentadbiran  melibatkan seramai 14 orang penghuni dan 70 orang ahli keluarga yang dapat hadir pada program tersebut.

Program ini telah di sempurnakan oleh TPP Mohd Nazeff Bin Mohd Mazelan. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi mendekatkan hubungan penghuni dengan keluarga dan kemuncak program ini adalah penyampaian kad ucapan Hari Gawai Dan Hari Raya oleh penghuni kepada keluarga masing-masing serta sumbangan hamper daripada ahli keluarga masing-masing
Program ini berakhir jam 1100 pagi dengan jayanya.