| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Kursus Pra Akrab Tahap 1 Penjara Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019

Kursus Pra Akrab Tahap 1 Penjara Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 telah diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2019 bertempat di auditorium unit latihan Penjara Sungai Buloh. Seramai 40 orang kakitangan dan pegawai daripada Maktab Penjara Malaysia, Penjara Wanita Kajang, Penjara Wanita Kajang, Pusat Koreksional Puncak Alam dan Penjara Sungai Buloh telah menghadiri kursus ini. Antara modul yang dibentangkan adalah Konsep & Perlaksanaan AKRAB, Psikologi & Kaunseling Dalam Perkhidmatan, Pengenalan Teori & Teknik Kaunseling dan sebagainya. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Yang Berusaha KP Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hadir sama ialah TKP Rosoman Bin Abu Bakar, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Yang Berbahagia KP Dato’ Narender Singh Chand Singh, Pengarah Maktab Penjara Malaysia serta wakil daripada institusi penjara di negeri Selangor.