| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Infokraf Jabatan Penjara Malaysia, Zon Tengah 2019

23 Julai 2019 (Selasa), jam 3 petang bertempat di Pasaraya NSK, Seremban 2, Negeri Sembilan telah berlangsung Majlis Perasmian Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Tengah kelolaan Penjara Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan merangkap EXCO & ADUN Bukit Kapayang. Antara Dif-Dif jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah KP Abdul Kadir Bin Hj. Rais, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, TKP Zainah Binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, Seksyen Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Penolong Komisoner Penjara Muhammad Nazri Bin Nasrudin Pengarah Penjara Seremban, wakil pengurus Pasaraya NSK Seremban 2, dan wakil Ketua institusi Jabatan Penjara Malaysia Zon Tengah. Program Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Zon Tengah 2019 telah berlangsung pada 22 hingga 31 Julai 2019 di Pasaraya NSK, Seremban 2, Negeri Sembilan. Antara acara menarik ialah Pameran Mesej Dari Penjara dan Program Parol dan Perkhidmatan Komuniti. Selain itu juga, program utama adalah jualan dan promosi hasil kraftangan dan perkhidmatan daripada penghuni penjara seperti Produk Kayu, Rotan, Besi, Simen Fero, Makanan Sejuk Beku, Batik, Tilam dan bantal. Manakala perkhidmatan daripada penghuni penjara iaitu refleksologi, gunting rambut, baikpulih pakaian, dan keychain (tulisan tangan).