| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tausiyyah Perak FM

Pada 18 Julai 2019 Penjara Tapah dengan kerjasama  Radio Televisyen Malaysia (RTM) PerakFM telah mengadakan rakaman ceramah khas sempena Hari Raya Aidiladha” Tausiyyah Khas Aidiladha” yang bertajuk‘ Pengorbanan ’  telah diadakan di Padang Bola Dalam Penjara Tapah pada jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Seramai 1063 orang penghuni beragama Islam telah terpilih untuk menyertai program tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman dan seorang artis jemputan iaitu Ali bin Ismail (Ali eXPDC) bagi membuat persembahan berbentuk kerohanian. Program dihadiri oleh Pengarah Penjara Tapah, TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pegawai-pegawai kanan dan anggota bertugas. Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Penyiaran Negeri Perak Puan Nor'ain binti Hj. Bakir. Program dimulai dengan solat Fardu Asar secara berjemaah bersama penghuni serta bacaan ayat suci al-Quran dan persembahan Marhaban oleh penghuni. Majlis diakhiri dengan bacaan doa keampunan yang dipimpin oleh Ustaz Haryanto Rizal selepas sesi ceramah tersebut.