| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan (Julai 2019) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

17 Julai 2019 ( Rabu ) – Perbarisan Bulanan telah berlangsung di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) . Perbarisan diketuai Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor dan diiringi Timbalan Pengarah PP Anbalagan A/L Subramaniam.

Kemuncak Perbarisan ialah pemakaian pangkat dari Warder Penjara ke Pangkat Kopral Penjara (TBBK), Anugerah Pingat perkhidmatan Setia dan anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Mac, April, Mei dan Jun. Mendahului senarai bagi pemakaian pangkat Kopral TBBK Kpl 11628 Zulkifli Bin Wahid, Kpl 15735 Zahiri Amin Bin Musah, Kpl 16713 Mohd Rizmansham Bin Idris Akri, Kpl 19345 Fadhirul Anuar Bin Ibrahim dan menghakhiri senarai Kpl 20255 Amarul Feddly Bin Ab Rahman.

Seterusnya Anugerah Pingat Pekhidmatan Setia dianugerahkan kepada SP 11390 Wan Anuar Bin Wan Abdullah, SP 11548 Zulkaria Bin Hamdan dan SP 11864 Muhammad Ridzuan Bin Abdul Latif. Bagi Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Mac IP Zuhairi Bin Muhamad, bagi bulan April Puan Norzila Binti Abu Samah, bagi bulan Mei SP 7782 Ismail Bin Ahmad dan bagi bulan Jun Ustaz Muhammad Fadhil Bin Baidawi.