| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerjasama Korporat Di Antara Hino Motor Sales (M) Sdn. Bhd Bersama Jabatan Penjara Malaysia

Pada 12 Julai 2019 (Jumaat) jam 3.00 petang telah berlangsung sesi lawatan kerjasama di antara HINO Motor Sales (M) Sdn. Bhd bersama Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Lawatan ini bertujuan membincangkan hala tuju kesinambungan kerjasama di antara pihak HINO (M) yang telah sedia terjalin bersama Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Lawatan ini dihadiri oleh Mr. Atsushi Uchiyama, Managing Director HINO Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd manakala Jabatan Penjara Malaysia disertai oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohammad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, KP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Banduan dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. Lawatan ini membuka ruang yang lebih ke arah peningkatan latihankemahiran dikalangan anggota dan penghuni serta peluang pekerjaan di Syarikat HINO Motor Malaysia.