| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program World #Quranhour Institusi Penjara Tapah

Pada 30 Ogos 2019 (Jumaat), institusi Penjara Tapah telah menyahut seruan penganjuran Malaysia #QuranHour dengan mengadakan Program World #QuranHour bagi menjayakan kempen “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah” di institusi ini.  Majlis ini diadakan dengan mengajak kakitangan Penjara Tapah dan penghuni Penjara Tapah untuk membaca al-quran secara bersama bermula pada pukul 11.00 pagi. Surah Al-Kahfi telah dipilih sebagai surah pilihan untuk dibacakan secara bersama dan serentak di Penjara Tapah (Pejabat Pentadbiran Luar, Surau Islahiah Penjara Tapah, blok-blok penempatan banduan dan bengkel-bengkel).  Turut serta dalam program ini ialah TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Tapah.  Tidak ketinggalan, Pengerusi PERSIAP Tapah, Puan Wan Paizah binti Wan Mustapa yang turut serta dalam program ini yang diadakan di Surau Islahiah Penjara Tapah. Selesai bacaan Al-Quran, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62.