| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Woman Deserve Better

Pada 20 Ogos 2019 (Selasa), sebagai satu langkah pemulihan yang dirancang oleh Jabatan Penjara Malaysia, satu Program bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (NIEW) telah mengadakan Program Motivasi “Woman Deserve Better”. Program ini bertujuan menyantuni banduanita bagi persedian sebelum mereka dibebaskan iaitu seramai 50 banduanita. Antara pengisian yang telah diadakan ialah sesi ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Pembelajaran Dalam Kumpulan (PDK) berkaitan intrapersonal dan interpersonal yang telah di kendalikan oleh penceramah jemputan Dato’ Dr Tengku Naufal Bin Tengku Mansor. Program ini telah di meriahkan dengan kehadiran TKP Zainah Bt Pardi (Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan) dan Puan Dinatra Mohd Saat (Penolong Pengarah NIEW).