| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2019 Penghuni Penjara Taiping, Perak

Penjara Taiping 16 Ogos 2019 (Jumaat) bertempat di Padang Dataran Kedamaian Penjara Taiping, Perak telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2019 Peringkat Penghuni Penjara Taiping, Perak sempena sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2019. Seramai 500 banduan telah menyertai majlis ini. Pada jam 10.00 pagi banduan berkumpul di Padang Dataran Kedamaian. Pada jam 10.15 pagi, ketibaan PP Abdul Rahman b. Hassan, Timbalan Pengarah Penjara Taiping. Acara dimulai dengan nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu Negaraku, Jalur Gemilang, Tanggal 31 Ogos, Keranamu Malaysia dengan diiringi kumpulan koir banduan Fasa 1. Seterusnya gimik penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada wakil banduan untuk diletakkan di blok penempatan. Acara seterusnya diserikan dengan persembahan pasukan kawad senyap oleh banduan Fasa 1. Program ini selesai pada jam 11.30 pagi selepas sesi bergambar.