| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pemantapan Diri (Akrab) Siri 1/2019 Penjara Pusat Sibu

Pada 2 Ogos 2019 (Jumaat), Jawatankuasa AKRAB Institusi yang dilantik bersama dengan Unit Latihan Institusi telah mengadakan Kursus Pemantapan Diri (AKRAB) Siri 1/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat, Penjara Pusat Sibu. Seramai 23 orang peserta telah terlibat dalam kursus ini dan disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Penjara Pusat Sibu. Kursus ini telah melibatkan 3 sesi perkongsian ilmu iaitu sesi pertama ceramah yang bertajuk “Asas Pengenalan AKRAB” yang disampaikan oleh En. Tang See Lik, Pegawai Psikologi Institusi. Kemudian sesi kedua ceramah diteruskan dengan penyampaian tajuk berkaitan dengan “Asas Kesihatan Mental” yang disampaikan oleh Dr. Anas Bin Mohd Yasin. Manakala sesi ketiga ceramah disampaikan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Penjara Pusat Sibu yang berkaitan dengan tajuk “Pengurusan Stress”. Antara objektif program adalah untuk memberi pengenalan berkaitan AKRAB Jabatan disamping membentuk kemesraan dalam kalangan warga Penjara Pusat Sibu dan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memastikan kakitangan Penjara dapat menangani stress dan tekanan di tempat kerja.