| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Kerjasama Projek Inovasi Songket Dan Keringkam Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan (PSDT)

Pada 21 Ogos 2019 (Rabu), 9.00 pagi, YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo serta beberapa pegawai dari Penjara Negeri Sarawak telah menghadiri Mesyuarat Kerjasama Projek Inovasi Songket dan Keringkam bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan (PSDT) yang telah dipengerusikan oleh isteri YAB Ketua Menteri Sarawak, YABhg. Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang bertempat di Wisma Bapa Malaysia Kuching, Sarawak. Mesyuarat tersebut juga turut dihadiri oleh Centre of Technical Excellence (CENTEXS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dan CENTEXS Commercial Sdn Bhd.