| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Bulan September SHG Telok Mas

Pada 26 September 2019 pihak pengurusan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana. Program bulanan kali ini diadakan bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney yang akan menduduki peperiksaan UPKK pada 1 hingga 3 Oktober 2019. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana dipimpin oleh Ustaz Mohammad Farid Bin Kamal, Guru Agama JAIM. Pada majlis ini juga turut diadakan penyampaian peralatan sukan indoor game untuk aktiviti rekreasi penghuni di dalam blok penempatan dan untuk atlit Projek Henry.