| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program 'SEDAR' - Self Defense Awareness / Mesej Dari Penjara - Kolej Melati Universiti Teknologi Mara Shah Alam dan Pusat Koreksional Puncak Alam

Pada 29 Oktober 2019, bertempat di Dewan Milinium, Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam telah berlangsung Program “SEDAR” – Self Defence Awareness / Mesej Dari Penjara anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Kolej Melati, UiTM Shah Alam dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

Program diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof Abd. Rahim Awang dari faculty Of Architecture, Planning and Surveying, ASP Mohd Tarmizi Bin Abd Rahman, En. Roslan Manap dan En. Amirudin Dahlan dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, En. Luqman bin Mohd Yusop dan IP Zulhairi Bin Muhamad dari Pusat Koreksional Puncak Alam. Seramai lebih 600 mahasiswi kolej Melati mengambil bahagian dalam program berkenaan yang dimulakan dengan slot Mesej Dari Penjara diikuti ceramah dan demontrasi silat.

Program diharap dapat meningkatkan kesedaran berkaitan pencegahan jenayah dan penagihan dadah dikalangan mahasiswa / mahasiswi IPT serta inisiatif yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam program pemulihan keatas banduan. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan ringan.