| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perujian Hafazan Al-Quran Kali Ke-11 Dan Pertandingan Nasyid Kali -13 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia

Pada 26 September 2019 (Khamis), bertempat di  Dewan At- Tarbiyyah Penjara Bentong telah diadakan Majlis Penutupan Perujian Hafazan Al-Quran kali ke -11 dan Pertandingan Nasyid Kali Ke -13 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia. Majlis ini berlansung selama 3 hari, bermula pada 24 September dan berakhir pada 26 September 2019. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu hafazan bagi lelaki dan wanita tahap satu, tahap dua dan tahap tiga. Majlis Perasmian Penutup bagi majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Dato’ Abd Aziz bin Abd Razak, turut hadir dalam majlis ini YH KP Dato’ Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH TKP Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong dan TKP Mohd Muslih Bin Mahmud, Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling.

Senarai Pemenang Majlis Perujian Hafazan Al-Quran Kali Ke-13 Dan Pertandingan Nasyid Ke -11 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia.

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 1 (Lelaki)     

Tempat 1 - Penjara Pengkalan Chepa

Tempat 2 - Penjara Kluang

Tempat 3 - Penjara Tapah           

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 1 (Wanita)         

Tempat 1 - Penjara Kluang

Tempat 2 - Penjara Wanita Kajang

Tempat 3 - SHG Telok Mas                 

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 2 (Lelaki)     

Tempat 1 - Penjara Kajang             

Tempat 2 - Penjara Marang             

Tempat 3 - SHG Telok Mas           

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 2 (Wanita)         

Tempat 1 - Penjara Sungai Udang             

Tempat 2 - SHG Telok Mas             

Tempat 3 - Penjara Wanita Kajang           

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 3 (Lelaki) 

Tempat 1 - Penjara Marang

Tempat 2 - Penjara Pokok Sena             

Tempat 3 - SHG Telok Mas                          

Pemenang Hafazan Al-Quran Tahap 3 (Wanita)         

Tempat 1 - Penjara Bentong             

Tempat 2 - SHG Telok Mas             

Tempat 3 - Penjara Pengkalan Chepa           

Pemenang Pertandingan Nasyid         

Tempat 1 - Penjara Kluang                                   

Tempat 2 - Penjara Bentong             

Tempat 3 - Penjara Seremban