| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Tenpin Bowling Tertutup Piala Pengarah Penjara Tapah

Pada 25 September 2019, Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Tapah telah menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup Piala Pengarah Penjara Tapah bertempat di Ipoh Bowl, AEON Kinta City Ipoh, Perak. Pertandingan ini diadakan dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat toleransi sesama ahli kelab melalui wadah sukan boling di samping mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Perasmian pertandingan telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat. Pelbagai hadiah mengikut kategori serta telah disediakan seperti hadiah kategori berkumpulan, kategori individu lelaki dan wanita, kategori Pegawai Kanan dan hadiah cabutan nombor bertuah.