| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak Liga Melaka Divisyen 2

Pada 08 September 2019, telah berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Melaka Divisyen 2 2019 diantara pasukan White Star FC (Penjara Sungai Udang) dengan Persibu FC di Stadium Hang Tuah, Melaka. Turut hadir YBhg. Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka) dan kakitangan Penjara Negeri Melaka. Dalam kejohanan tersebut pasukan White Star FC telah berjaya mengalahkan Persibu FC dengan jaringan 1-0. Piala dan hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohd Ashiq bin Abd Samad (Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MUSA).