| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sukan Kecergasan Dan Rekreasi Sempena Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 18 Oktober 2019 (Jumaat), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Sukan Kecergasan Rekreasi sempena bulan Sukan Negara 2019 bertempat di Dataran pejabat dan Gelanggang Petanque PULAPEN Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Program dimulai dengan senaman aerobik dan seterusnya dilengkapi dengan Pertandingan Petanque Peringkat Kakitangan.