| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan serta Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan ( KASBA ) Penjara Penor kali ke - 18 Tahun bagi 2019

Majlis Dialog Bulanan serta Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan ( KASBA ) Penjara Penor kali ke - 18 Tahun bagi 2019 yang disempurnakan oleh YH. Penolong Kanan Komisioner Dato’ Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor pada 24 Oktober 2019 ( Khamis ) bertempat di Wisma Sendayan, Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur.  Atur Cara dimulakan dengan Cabutan Minit Majlis Dialog Bulanan, Simulasi Penggunaan Gari mengikut Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Bil. E 302 ( Pindaan Tahun 2019 ) dan diteruskan dengan Mesyuarat Agung KASBA. Antara agenda Mesyuarat Agung KASBA kali ini, Bendahari Kelab KASBA telah membentangkan Penyata Akaun Kelab KASBA untuk tahun berakhir 31 Disember 2017, tahun berakhir 31 Disember 2018 dan Pembentangan Penyata Akaun Kelab KASBA bagi tahun 2019 sehingga 24 Oktober 2019 serta Pembubaran AJK - AJK lama bagi sesi 2017 - 2019 selain pelantikan AJK - AJK baharu bagi sesi 2019 - 2021. Turut dibuat pelantikan baharu ialah Bendahari Kelab, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Pengamanah serta pewujudan jawatan baharu iaitu Penolong Bendahari.