| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program ‘Team Building’ Dan Perkhemahan Kakitangan Penjara Kajang 2019 Di Tasik Banding, Perak

Pada 12-14 Oktober 2019, Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang telah menganjurkan program ini melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota yang diketuai oleh PP Zakaria Mat Jusoh dan TPP Mohd Hafiz Abd Latif. Program berjalan dengan lancar mempunyai matlamat dan objektif  iaitu memantapkan disiplin diri, kecergasan fizikal dalam menghadapi cabaran, menggunakan segala kemahiran dalam menghadapi cabaran dan memantapkan semangat kerja berpasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah peserta akan merentasi hutan melalui kuala sungai ke puncak bukit di Pulau Tujuh, memancing dan menjala ikan, berkanu dan berenang berkumpulan serta aktiviti air yang mencabar. Syabas dan tahniah kepada semua peserta.