| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan

15 November 2019, Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Penjara Negeri Sembilan. Penyerahan tugas tersebut adalah di antara PKK Rahmat bin Abdul Rani kepada PKK Abd Rahman bin Taib dan disaksikan oleh TKP Hafidz bin Othman, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang dilengkapkan dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa. Majlis juga turut dihadiri oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PKP Fayrouz bin Ahmad, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Wan Rosli bin Dolah, Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Gemas serta Kakitangan Penjara Negeri Sembilan.