| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bicara Ilmu Halaqah Siri Ke 4 Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh Dengan Kerjasama Asatizah Mudik Ke Hulu

Bicara Ilmu Halaqah Siri Ke 4 Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh Dengan Kerjasama Asatizah Mudik Ke Hulu telah diadakan dengan jayanya pada hari Isnin, 18 November 2019. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang bertempat di Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Forum yang diadakan bertajuk “ Songsangnya LGBT “ dan telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Noor Bin Sulaiman. Antara panel jemputan ialah Haji Hushim Bin Salleh dan Ustaz Ahmad Tirmizi Bin Ali. Turut hadir sama ialah Timbalan Komissioner Penjara Tuan Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Sungai Buloh, PKK Nik Robidin bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh dan Penguasa Penjara Tuan Nordin Bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan. Seramai 500 orang banduan telah menyertai program ini.